top of page
Search

Orentasi 2020

  • sekassolihin
  • Jan 8, 2020
  • 1 min read

Selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar Smart Edukids Preschool Tadika As Solihin. Pelbagai gelagat yang dapat dilihat semasa hari pertama sesi persekolahan tahun 2020. Ada yang teruja, gembira tak sabar mahu berjumpa dan bermain dengan kawan-kawan dan tidak kurangnya ada juga yang menangis.

Sesi orentasi akan berlangsung selama 2 hari bertujuan supaya pelajar dapat menyesuaikan diri deng an persekitaran di sekolah sebelum sesi Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan.

Aktiviti orentasi didahului dengan sesi taa'ruf antara pelajar lama dan baru. Selepas itu, guru membawa pelajar ke setiap ruang dan sudut yang terdapat di tadika untuk memberi taklimat tentang peraturan yang perlu dipatuhi oleh pelajar di setiap ruang tertentu. Selesai melawat sudut-sudut di tadika, pelajar diberi kebebasan untuk bermain alat permainan yang ada di tadika seperti gelongsor, lego, puzzle, dll.




 
 
 

Commenti


Post: Blog2_Post

Smart Edukids Preschool

Tadika As Solihin

  • Facebook

©2020 by SmartEdukids Preschool-Tadika AsSolihin.

bottom of page