Co-Curricular
Sukan Sunnah
Sukan Sunnah yang ditawarkan di Smart Edukids adalah Kelas Renang dan wajib bagi semua pelajar Smart Edukids berumur 4 tahun dan ke atas. Kelas renang ini dijalankan 2 kali sebulan pada setiap Hari Khamis kecuali Bulan Ramadhan.
Aktiviti renang bertujuan untuk mengasah bakat dan kemahiran pelajar disamping melakukan aktiviti sihat selaras sunnah Rasulullah s.a.w.
Antara kelebihan sukan renang ialah dapat menguatkan jantung dan membantu meningkatkan kapasiti paru-paru dalam sistem pernafasan.
Berenang juga lebih baik berbanding berlari kerana ia memberi impak yang kurang kepada lutut dan kaki. Kurang impak bermakna kuranglah risiko kecederaan.
Selain itu, berenang dapat membantu meningkatkan stamina tubuh badan dan dapat mengurangkan stress.

Program Bulanan
Selain aktiviti renang, terdapat juga program bulanan yang akan disertai oleh pelajar.
Antaranya termasuk Lawatan Sambil Belajar, Pemeriksaan Gigi, Hari Sukan, Sambutan Kemerdekaan, Hari Graduasi dan lain-lain.
Program-program sebegini bertujuan mendedahkan pelajar kepada dunia luar disamping menimba ilmu pengetahuan diluar bilik darjah serta mempraktikkan apa yang telah dipelajari sewaktu di dalam kelas.
